Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
- MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
- IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
- CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.
Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi....
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.
Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi....
Thanks utk info :)) Hee.
ReplyDeleteSalam perkenalan dr Muhawa. Keep it up.
Bagaimana nak tahu anak arnab dah mendapat susu yg mencukupi?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteJikalau ibu arnab mati selepas melahirkan anak dia ape yg patut kite lakukan pada anak2 arnab tersebut..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya ada kerisauan..
ReplyDeleteni second time arnab sy beranak. First time 4ekor tp smua mati. Sy xsmpt selmtkn. Arnab jantan mkn semua.
yg second time ni 6ekor semua selamat tp sejak petang tadi die beranak, dia macam xpedulikan je anak dia. Macam xnampak je. Dia jln sana sini, lompat sana sini. Sy takut dia terpijak mati anak2 dia. Bila ank dia dtg ke perutnya dia macam xselesa. Dia akan bangun & ke tempat lain. Tadi sy dpt susukan anak dia di perutnya pun sekejap je. Sebab dia macam xsuka.
Dia xnmpk ke ank dia?
Dia tak tahu ke dia beranak?
Saya perlu buat apa ye?
Awk kena terbalikkan ibu dia. Pastu ltkkn ank dia kat puting susu ibu dia. Pastikan ank dia dpt susu tu ye. Buat 3x sehari. Pukul 6pg,12 tgh hr dan 6ptg. Ok...
Deletesy nk tanya. ni second time arnab sy lahirkan ank. ay asingkan ak dia sampai umur 3minggu lpstu sy letak ank dia dengan ibu dia balik. boleh tak sy ltk ibu dia dengan ayah dia balik???? (letak ibu je tak ltk ank dia sekali....)
ReplyDeleteSy nak tanya.. arnab sy branak 2nd time.. dulu semua mati. Perlu ke kita asingkan ibu dan anak dlm sangkar yg berasingan dan cuma temukan bila nk mnyusu saja. Atau biarkan saja mereka di dalam sangkar yg sama?
ReplyDeleteSy nak tanya.. arnab sy branak 2nd time.. dulu semua mati. Perlu ke kita asingkan ibu dan anak dlm sangkar yg berasingan dan cuma temukan bila nk mnyusu saja. Atau biarkan saja mereka di dalam sangkar yg sama?
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tnye, jika anak arnab bru keluar dri perut ibunya mmng lngsung xde ke gerak, contoh mcm gerak napas, sbb nye bru sahaja arnab saya benak tpi nye dh dua ekor, dua2 mcm mti je terus
ReplyDeleteKalau ibu muda, temukan waktu menyusu dan lepas sebulan, letak mereka dalam satu sangkar. Masa tu,anak arnab dah kuat cuma perlukkan susu dan ibu arnab akan ajar anaknya dan anaknya akan akan cucunya pula mengenai tempoh masa makan dan minum.
ReplyDeleteTak bergerak, ambil dia terus letak pada puting ibu menyusu
ReplyDeletePakai susu kambing etawa.
ReplyDeletekelinci
Lepas beranak kene asingkan anak dng ibu ayah nya ke
DeleteUtk pwngetahuan,sy nk berkongsi ttg pnjagaan arnab yg sy lakukn.skrg arnab sy sdh berusia 14hr..slps lahir ibunya enggan mnyusukn.bila anknya dtg nk susu ibunya bngun dn bergerak ke sna sni.sy trpksa asingkn ketiga² anknya dn mmbw masuk dlm rmh dn sy ltkkna dlm bakul beralaskn kain.setiap pagi slps sahur sy bw ibunya dan baringkn supaya anknya dpt menyusu,x boleh ditinggalkn klu x ibunya akn bngun.bila ank² nya sdh kenyang sy tggu pulak shingga ank² tu kencing dan sy bg susu pada ibunya skli lg shgga trtdur.boleh dilihat bila ank² tu dh knyang mereka akn trtdur.perut pn dh buncit.ptg slps berbuka sy akn lakukn rutin sma.Alhamdulillah ketiga² anknya slmt mmbsr dgn sht.senang ht.hihii pjg lbr sy tulis.
ReplyDeleteMinum susu gooday boleh x?
ReplyDeleteSaya nak tanya ni susu apa yang kita perlu bagi kepada anak arnab yang baru lahir
ReplyDeleteArnab saya suda 2mnggu lebih tapi 1 dah mati.. 1 lagi lemah.. apa harus sya buat..? saya kasi dekat ibunya tapi tdak juga mnyusu..
ReplyDeleteBagusnya saya setuju dengan maklumat ni
ReplyDelete