BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 28 October 2011

Ceritera Purun-purun, arnab pertama kami !

Tersebutlah kisah…
   Arnab ni bernama purun-purun yang  cukup bermakna untuk Diva Rabbits, walaupun badannya nampak kontot, tak cantik dan tak seksi, tapi arnab Local Breed inilah menyebab Diva rabbits wujud di muka bumi ini sebagai rabbit breeder.. hehee..  saya berminat dan terbeli arnab purun-purun ni  oleh kerana masa dia kecik-kecik purun-purun  memang cute dan menawan hati ! yes ! sejak dari itulah saya mula berminat dalam dunia arnab ! Dulu, arnab ni bernama bebeng, tapi nama bebeng bertukar kerana satu peristiwa. Masa kami nak ambik gambar rabbit nih, dia buat pekak tuli jer, langsung x ada gaya super model. N then, entah macam mana saya terpanggil rabbit nih purun-purun n then terus dia berpaling pada saya dan sporting untuk ambik gambar. Cheeh wah ! tengok gambar kat tas tuh , posing dengan muke seposen.. Munkin rabbit ni suka nama klasik2 jawa kot. Sejak dari peristiwa itulah namanya bertukar menjadi purun-purun.
   Masa umur rabbit ni dalam 2 bulan macam tu, saya kesian pulak tengok purun-purun nih keseorangan dan munkin mengalami tekanan mental..haha.. lepas tu saya belilah seekor lagi arnab kampong (local breed) bernama Lola.. yang sedihnya dua tiga hari beli, entah bagaimana  lola Berjaya meloloskan diri keluar dari kawasan berpagar depan rumah saya. Pelik ! biasanya, bila hari dah gelap, sure dia akan masuk sangkar balik, tapi selepas berhari-hari tak balik, kemunkinan besar Lola kena makan kat anjing kot, tak pun burung hantu .. coz kat kawasan rumah saya banyak anjing liar yang tak makan jasa !  menyalak tak habis2 .. cukup bulan beranak 7ekor.. !
  Dan kini Purun-purun telahpun berusia 6 bulan. Terasa bangga pulak dapat jaga arnab dengan baik dan membesar dengan sihat ..  saya suspek purun-purun nih pregnant , tapi tak pasti lah !.. berabad-abad tunggu dia beranak, tapi tak beranak ranak pun ! sabor jer la.. berserah pasa yang Esa.. dengan penuh harapan agar purun-purun beranak dan kami dapat melihat anak-anaknya. Teringin sangat-sangat nk menimang anak rabbit …hehee..
 

Wednesday 19 October 2011

Cara mudah bela arnab ....



Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa...

Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga. boleh jana pendapatan...

Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dan slow2 dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehlah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan. dan yang paling penting ialah minat dalam diri kita..

Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
 
  • buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  • Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  • Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  • Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  • 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  • 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
     
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

Penjagaan arnab baru lahir ...


Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
 
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
 
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
 
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
 
  • MASA MENYUSU ANAK
     
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
 
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
 
  • IBU ANGKAT
     
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
 
Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
 
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
 
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
 
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
 
  • CERAI SUSU
     
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
 
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi....

Arnab bunting palsu ?...


Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut.
Jika keadaan ini  dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula...

mak arnab boleh 'mate' n tanda-tanda mak arnab pregnant,,,


Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
 
Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
 
  • MENINGGIKAN KEBERNASAN
     
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
 
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.
 
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.
 
  • TEMPOH BUNTING
     
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
 
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
 
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
 
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

kekerapan arnab jantan boleh dikhawinkan...



 
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
 
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut..

Cara khawinkan arnab atau 'mate' ..

Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
 
Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
 
Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan...